Kelebihan Periuk Enameled Cast Iron

Jenama Le Creuset sememangnya terkenal dengan kualiti dan pilihan warnanya yang menawan hati. Sejak pengenalan nya pada tahun 1925, Le Creuset terus menjadi pilihan utama dari segi gaya, fungsi dan kualiti. Apa yang menariknya dengan periuk enameled cast iron ini? Jom bersama Queenspree untuk mengetahui kelebihan periuk ini dengan lebih lanjut.

1. Berbaloi dan Serba Boleh

Periuk enameled cast iron sesuai digunakan di atas pelbagai jenis dapur, termasuk dapur gas, dapur induction mahupun di dalam ketuhar. Kesemua bahagian periuk termasuk pemegang dan knob penutup dapat bertahan pada suhu yang tinggi, menjadikan ia sesuai digunakan untuk merebus, mengukus, menggoreng, memanggang dan membakar (oven baking)
Selain daripada fungsi periuk yang serba boleh, reka bentuk dan warnanya yang menawan hati juga menjadikan ia sesuai untuk terus dihidang di atas meja. Lepas masak boleh terus hidang, menjimatkan masa dan tenaga!

2. Penyimpan dan Konduktor haba yang baik

Salah satu kelebihan cast iron ialah kemampuan unik nya untuk menyerap dan menyimpan haba dengan baik. Ciri ini bukan sahaja memberi pemanasan yang sekata di seluruh permukaan periuk, ia juga menjimatkan gas/ elektrik kerana periuk cast iron hanya perlu dimasak menggunakan api kecil dan sederhana sahaja.

Hasilnya? aktiviti memasak akan menjadi lebih mudah dan cepat. Makanan pula tidak terlebih masak, sekaligus mengekalkan nutrisi dan rasa semulajadinya. Ini lah yang menjadi sebab utama ramai pemilik Le Creuset berkongsi pengalaman mereka selepas menggunakan periuk enameled cast iron. Yang paling seronok, periuk juga kekal panas dengan lebih lama! tak perlu bersusah-payah untuk memanaskan semula hidangan :)

3. Tahan Lasak

Periuk enameled cast iron Le Creuset terkenal sebagai antara yang paling tahan lasak di dalam industri. Setiap periuk dilindungi oleh bukan satu, tetapi tiga lapisan enamel berkualiti tinggi. Ini menjadikan periuk Le Creuset bukan sahaja tahan lasak, tetapi dijamin dengan waranti sepanjang hayat (Lifetime Warranty). Di Eropah terutamanya di Perancis, periuk enameled cast iron bertahan lama sehinggakan ramai yang masih menggunakan periuk yang diwariskan dari generasi ke generasi.

 

4. Memudahkan

Proses kajian dan pembangunan (reserach and development) Le Creuset yang berterusan selama hampir seratus tahun telah menghasilkan periuk enameled cast iron yang bukan sahaja tahan lasak, tetapi mudah untuk dicuci dan juga selamat untuk digunakan dalam dishwasher (dishwasher safe). 

Terdapat banyak lagi faedah dan manfaat yang terlalu panjang untuk ditulis di sini. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, kena cuba sendiri. Jangan lupa untuk dapatkan periuk enameled cast iron anda dari Queenspree yang datang dengan jaminan dan khidmat pelanggan yang sedia membantu sebelum dan selepas pembelian anda.  

 

 

Leave a comment

Shop now