Tiga Ciri Periuk Enameled Cast Iron Yang Ramai Tak Tahu

Periuk Enameled Cast Iron Le Creuset merupakan periuk jenama mewah yang menjadi idaman ramai di Malaysia dan seluruh dunia. Namun, masih ramai yang tak tahu ciri-ciri periuk enameled cast iron yang menjadikan ia unik dan berkualiti tinggi. Jadi, jom kita ketahui ciri-ciri tersebut dengan kupasan ekslusif dari Queenspree.

1. Built-in lid Stabiliser

Ciri ini terletak di tiga penjuru sekeliling bibir penutup periuk (sedikit bonjolan yang boleh dirasakan dengan tangan). Ciri ini membolehkan stim dan tekanan dilepaskan secara terkawal dan optimum, sekaligus memberikan pengalaman dan hasil masakan yang terbaik.Hanya mereka yang pernah mencuba sahaja yang tahu perasaan nya.

      

Tiga built-in lid stabiliser membolehkan stim dan tekanan dilepaskan secara terkawal dan optimum

 

2. Setiap Periuk adalah Unik

Ciri ini adalah hasil daripada proses pengenamelan periuk, dimana periuk akan diletakkan di atas platform yang berputar untuk semburan enamel yang terbaik. Titik kontak antara periuk dan platform tersebut akan menghasilkan tanda-tanda unik di sekeliling bibir periuk. Ciri ini menambahkan lagi keunikan setiap periuk dimana tidak akan ada dua periuk yang sama (no two casseroles are the same). Jadi setiap periuk hanya unik kepada pemilik nya sahaja. Sangat ekslusif kan!

                           

Titik kontak antara periuk dan platform pengenamelan periuk

  

Setiap periuk adalah unik (no two casseroles are the same)

3.Bukan satu, tetapi     tiga lapisan enamel 

Bukan satutetapi tiga lapisan enamel berkualiti tinggi digunakan untuk menghasilkan setiap periuk cast iron Le Creuset yang terkenal sebagai antara yang paling tahan lasak di dunia. Pertama, lapisan enamel asas (base coat)  yang lutsinar (clear) akan dikenakan. Kemudian, lapisan enamel warna menarik Le Creuset yang menjadi kegilaan ramai. Lapisan enamel terakhir memberikan permukaan yang licin dan mudah untuk dicuci.

       

Tiga lapisan enamel untuk setiap periuk menjadikan Le Creuset Enameled Cast Iron antara yang terbaik di dunia

 

Dapatkan periuk cast iron idaman anda di Queenspree

Jenama Le Creuset terus menghasilkan produk-produk cast iron yang berkualiti tinggi dengan warna-warna yang menjadi idaman ramai di seluruh dunia. Kami di Queenspree akan terus mengupas dan memberikan maklumat berguna kepada semua pelanggan kami agar dapat membuat keputusan membeli yang baik. Dapatkan hanya yang terbaik dan dilindungi dengan waranti di www.queenspree.com. Elakkan membeli daripada sumber-sumber yang diragui kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Jangan lupa, Like, Subscribe dan Share maklumat ini kepada semua peminat Le Creuset!

Sumber:

www.lecreuset.com, www.lecruset.co.za, wikipedia

 

Leave a comment

Shop now