TIPS MENGGUNAKAN PERIUK CAST IRON 

Sebelum Penggunaan Pertama

  1. Buang segala material pembungkusan termasuk label (sticker).
  2. Basuh dengan menggunakan air panas (suam) yang dicampur dengan sabun. Kemudian, bilas dengan air dan keringkan. 
  3. Periuk sudah sedia untuk digunakan.

Sumber Api

Produk cast iron Le Creuset adalah sangat versatil dalam penggunaannya. Ianya boleh digunakan atas semua sumber api termasuk gas, api tungku, induction, elektrik, ketuhar, vitro-ceramic glass dan grill.


Penggunaan

  1. Pastikan bahagian bawah periuk kering dan bersih sebelum diletakkan di atas api untuk mengelakkan timbul kesan hitam atau jelaga.
  2. Pastikan permukaan bawah periuk sejajar dengan sumber api. Dalam kata lain, sumber api hendaklah berada di bahagian tengah periuk. Ini dilakukan untuk mengelakkan ketidaksamarataan dalam pemanasan dan kerosakan pada pemegang.
  3. Sebelum buka api, pastikan ada cecair dalam bentuk air ataupun minyak di dalam periuk. Jangan panaskan periuk tanpa ada cecair di dalamnya. Ini dilakukan untuk mengelakkan lapisan enamel dalam periuk terhakis.
  4. Pastikan api dalam keadaan perlahan atau sederhana. Disebabkan sifat periuk cast iron yang mempunyai penyerapan haba yg efektif, api yang perlahan atau sederhana adalah memadai. 
  5. Ketika memasak, keseluruhan periuk akan menjadi panas, jadi disyorkan untuk menggunakan sarung tangan ketuhar ataupun kain kering yang tebal ketika memegang/ mengangkat periuk. 

Peralatan Pengacau

Adalah disyorkan untuk menggunakan spatula silikon Le Creuset yang serasi untuk digunakan bersama barisan periuknya yang berbagai bentuk.  Setiap periuk le creuset mempunyai lapisan enamel (lapisan perlindungan). Jadi untuk melindungi lapisan enamel tersebut, adalah digalakkan untuk menggunakan spatula silikon atau kayu. Penggunaan senduk besi adalah tidak digalakkan kerana ianya mampu untuk mengkhakis lapisan enamel.

 

 

Leave a comment

Shop now