Queenspree's Best of 2021
Tahun 2021 telahpun melabuhkan tirai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pelanggan kami yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada kami untuk terus memberi nilai dan perkhidmatan yang terbaik.
Untuk mereka yang masih memikirkan pembelian periuk pertama untuk tahun 2022, atau mereka yang ingin menambah koleksi sempena tahun baru 2022, disini kami senaraikan 10 periuk yang paling 'HOT' sepanjang tahun 2021 sebagai inspirasi dan panduan dalam membuat pilihan anda.
10. Volcanic Cast Iron 24cm Balti Dish
Rekaan Balti yang berasal dari Baltisan, Pakistan Utara ini mempunyai permukaan melengkung yang sesuai untuk masakan berkuah, tumis dan menggoreng. Rekaan tanpa penutup dan pemegang yang 'sexy' juga memberi suatu tarikan unik apabila dihidang diatas meja.
9. Signature Volcanic Cast Iron 26cm Shallow Casserole
26cm 'Shallow Casserole' ini berkapasiti 2.2L atau lebih kurang 2 botol besar air mineral ini mempunyai permukaan bawah yang luas dan sisi yang rendah sangat sesuai untuk masakan jenis menumis, mereneh dan 'stir fry'. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi pilihan hati para pelanggan untuk 'baking' kek atau 'pastry' kegemaran mereka.
8. Signature Cerise Cast Iron 31cm Oblong Casserole
31cm Oblong Casserole ini merupakan periuk kelapan paling digemari ramai untuk tahun 2021. Rekaannya yang unik dan panjang dan lonjong ini sesuai digunakan untuk memasak seekor ikan, daging dipotong besar dan ayam tanpa perlu di potong. Di samping itu, bentuknya yang lonjong seperti 'serving dish' juga membuat kan ia sesuai untuk menghidang pelbagai jenis masakan di atas meja.
7. Signature Teal Cast Iron 24cm Round Casserole
Saiz 24cm Round berkapasiti 4.2 Liter ini adalah saiz yang sesuai untuk pengguna pertama atau 'first time user' kerana saiznya yang sederhana sesuai untuk kegunaan harian menghidang 4-5 orang. Saiz periuk berdiameter 24cm ini boleh memuatkan seekor ayam tanpa perlu dipotong menjadikan ia periuk yang ideal untuk penggemar 'roasted chicken'.
6. Signature Volcanic Cast Iron 20cm Round Casserole
Bagi keluarga atau isi rumah yang tidak ramai, saiz 20cm Round berkapasiti 2.4 Liter adalah sangat sempurna sekali untuk kegunaan harian. Walaupun Le Creuset mengesyorkan periuk saiz 20 cm ini untuk hidangan 2-3 orang sahaja, namun kami di Queenspree pula berpendapat saiz ini sesuai untuk 3-4 orang. Maklumlah, 'portion' makanan orang Malaysia kebiasaannya lebih sedikit berbanding dengan orang Eropah! Namun begitu, keluarga besar juga memerlukan periuk saiz ini untuk memasak 'side dishes'.
5. Signature Shell Pink Cast Iron 24cm Marmite
24cm Marmite berbentuk melengkung di bahagian tepi ini sangat versatile dan ternyata memikat hati para pelanggan Queenspree. Tanpa bucu dan tepian, bentuk marmite sangat sesuai sekali untuk 'stir-fry'. Ia juga sesuai untuk jenis makanan berkuah memandangkan kapasitinya bersaiz 3.1 liter, sempurna untuk masak kari seekor ayam! Tidak hairanlah bentuk ini sangat popular di kalangan pelanggan yang baru pertama kali hendak mencuba produk cast-iron.
4. Signature Cerise Cast Iron 28cm Round Casserole
Saiznya yang besar menjadi pilihan ramai untuk memasak ketika ada acara-acara keraian. Ia sesuai untuk memasak rendang, kuah soto mahupun laksa untuk hidangan 6 hingga 8 orang, bahkan lebih dari itu pun boleh. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk memasak nasi untuk hidangan tetamu yang ramai.
3. Signature Cerise Cast Iron 24cm Round Casserole
Sekali lagi, periuk dan saiz yang ideal ini menjadi periuk ketiga paling banyak dibeli pada tahun ini. Warna merah atau lebih dikenali dengan nama Cerise ini merupakan warna merah yang terang dan memukau, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan bersama aksesori meja makan berwarna cerah.
2. Cerise Cast Iron 24cm Balti Dish
Selain daripada digunakan untuk memasak masakan berasaskan kari, Balti Dish ini juga menjadi pilihan untuk menggoreng, menumis, dan baking juga. Tambahan pula, saiz hidangannya antara 4 ke 5 orang, saiz hidangan yang agak besar walaupun kelihatan kecil.
1. Signature Volcanic Cast Iron 30cm Shallow Casserole
Akhirnya, periuk paling 'HOT' pada tahun 2021 adalah 'shallow casserole' yang bersaiz 30cm. Dengan kapasiti 3.5 Liter, periuk yang berbentuk bulat dan leper ini menjadi pilihan ramai kerana ciri-cirinya yang unik, kegunaan nya yang 'versatile' dan serba boleh, sesuai digunakan untuk majlis keraian mahupun untuk kegunaan harian. Sama ada anda nak menggoreng bihun goreng untuk sarapan pagi, masakan lemak telur itik atau ayam panggang, semuanya boleh dengan periuk 30cm 'shallow casserole' ini!
Jenis periuk, bentuk dan warna biasanya menjadi panduan utama dalam membuat pilihan koleksi periuk anda. Tetapi yang pasti, sekali dah cuba menggunakan periuk 'enameled cast iron' ini anda pasti terpikat! Ciri-cirinya yang 'versatile' untuk semua jenis masakan, menjimatkan masa memasak dan cantik apabila dihidangkan di atas meja menjadikan produk-produk ini pilihan ramai. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai. Apa tunggu lagi, boleh lah add to cart sekarang!