#PINKTOBER-KENALI KANSER PAYUDARA

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini.

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

5 Jenis Kanser Payudara

  1. Kanser setempat.
  2. Kanser saluran.
  3. Kanser lobular.
  4. Kanser saluran merebak.
  5. Kanser lobul merebak.

Penyebab Kanser Payudara

Kredit: MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Tanda-tanda Kanser Payudara

  • Benjolan pada payudara.
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luar biasa.
  • Perubahan di permukaan kulit payudara.
  • Kulit payudara berlekuk atau berkerut.
  • Pendarahan atau lelehan luar biasa daripada puting payudara.
  • Ruam pada puting payudara atau kawasan sekelilingnya.
  • Puting payudara tertarik ke dalam.
  • Bengkak pada bahagian atas lengan.
  • Benjolan di ketiak.

Langkah-langkah Pencegahan

  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Kerap bersenam.
  • Kekal aktif.
  • Kawal pengambilan hormon.
  • Elak rawatan hormon.
  • Lakukan saringan mamogram setiap dua tahun.

Sumber:

myhealth.gov.my

 

Shop now